Friday 30 September 2011

Suasana Malam Di Christchurch

Mendamaikan


Lalulintas di Christchurch pada waktu malam tidak sesesak di Malaysia

Kedai-kedai kebiasaannya tutup pada pukul 5 petang dan hanya supermarket besar sahaja yang beroperasi sehingga jam 9 malam

Masjid An-nur

Masjid An-nur merupakan tumpuan umat Islam di Christchurch. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak masjid An-nur untuk orang Islam di Christchurch

Sembahyang jemaah diadakan pada setiap waktu di masjid ini. Begitu juga sembahyang Jumaat, Tarawih dan sembahyang Hariraya.

Masjid An-nur menjadi lambang kewujudan dan kemegahan umat Islam di Christchurch. Ianya terletak bertentangan dengan Hagley Park.

Malaysia House New Zealand Homestay (MHNZH)

Ruang tamu dalam MHNZH

Ruang tamu yang cukup untuk menampung tetamu yang datang

Pemandangan sisi MHNZH

Pemandangan ruang dapur  MHNZH. Tetamu boleh memasak makanan sendiri atau menjamu selera dengan hidangan yang disediakan

Bilik tidur katil single untuk tetamu bujang amnya. Bagi yang berkeluarga bilik berkatil Queen size disediakan

Kemudahan membasuh dan mengering pakaian juga ada disediakan.

Snow di Christchurch

Pemandangan ketika salji di kawasan MHNZH

Landscape MHNZH  dilitupi saliji ketika musim sejuk. Pemandangan yang sungguh cantik.

Salji turun dengan lebatnya. Pemandangan di hadapan MHNZH

Jalanraya di hadapan MHNZH. Kenderaan tidak dapat bergerak kerana dilitupi salji tebal

Hagley Park- Taman dalam bandar

Hagley Park adalah salah satu tempat beriadah warga Christchurch. Tamannya cantik, bersih dan mempesonakan.

Pada waktu pagi dan petang ramai orang datang melakukan riadah dan melepaskan lelah setelah penat bekerja.

Hagley Park semasa salji turun. Cantik kan

Hagley Park semasa musim salji

Hagley Park. Suasananya cantik seperti dalam poskad.

Mount Hutt- Syurga bagi peminat ski.


Bagi peminat-peminat sukan luncur salji Mt Hutt adalah tempatnya. Menawarkan aktiviti2 ski dan pemandangan yang sangat menarik yang pasti tidak akan dilupakan. Walaubagaimanapun aktiviti ini hanya terdapat pada musim sejuk iaitu pada bulan Jun-August.

Ladang anggur dan ladang ternak di Amberly. Salah satu tarikan pelancongan di New Zealand